Kerjaya kelab Trent Alexander-Arnold

Liverpool

2016-17: Perkembangan dan kejayaan

Setelah memulakan pra-musim perlawanan persahabatan bersama Liverpool, Alexander-Arnold telah membuat penampilan profesionalnya yang pertama pada 25 Oktober 2016, iaitu bermula dengan kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada pusingan keempat Piala Liga Bola Sepak. Beliau telah diberikan kad kuning pada separuh masa pertama kerana mengasari Ben Davies dan kemudiannya digantikan dengan pilihan utama bek kanan iaitu Nathaniel Clyne pada minit ke-68.[6][15][16] Walaupun masih dalam perkembangan bermain bola sepak, penampilannya dipuji oleh Steven Gerrard yang sekali lagi menyokongnya "untuk menjadi profesional teratas", dan juga mendapat tempat dalam Pasukan Pusingan Piala EFL bersama rakan sepasukan Daniel Sturridge.[17][18]

Alexander-Arnold semasa perlawanan menentang Arsenal B18 pada tahun 2016 dengan menjadi kapten Liverpool B18.

kejayaan Alexander-Arnold ke dalam pasukan pertama telah dihadiahkan dengan kontrak jangka panjang baru pada bulan November, dan beliau mula dalam perlawanan Piala Liga Bola Sepak pada bulan berikutnya menentang Leeds United. Beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan untuk penampilannya setelah pertama kali membuat bantuan hantaran bola kepada penyerang Divock Origi untuk gol pembukaan kemenangan 2-0 buat Liverpool.[19][20][21] Beliau kemudian membuat penampilan pertama Liga Perdana Inggeris pada 14 Disember, dengan datang sebagai pengganti akhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Middlesbrough. Beliau juga membuat penampilan penuh Liga Perdana Inggeris yang dimulakan dengan keputusaan seri 1-1 menentang Manchester United pada 15 Januari 2017.[22][23] Pada bulan Mei, setelah membuat 12 penampilan di semua pertandingan, beliau dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Musim Liverpool dan juga dicalonkan untuk penghargaan Pemain Terbaik Musim Liga Perdana 2.[24][25][26][27]

2017–18: Penampilan pertama dalam kejohanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2018

Pada musim 2017-18, Clyne yang berada posisi bek kanan mengalami kecederaan belakang yang serius dan kemudiannya memberi peluang kepada Alexander-Arnold untuk bertukar posisi dengan Joe Gomez pada peringkat awal kempen.[28] Pada 15 Ogos 2017, pusingan perlawanan penentuan Liga Juara-Juara UEFA menyaksikan Alexander-Arnold menjaringkan gol pertamanya buat Liverpool F.C. ketika beliau menghasilkan gol tuan rumah menerusi sepakan percuma dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan Bundesliga, Hoffenheim.[29] Dengan berbuat demikian, beliau menjadi pemain termuda ketiga yang menjaringkan gol dalam membuat penampilan pertama Eropahnya buat Liverpool, sejak Michael Owen dan David Fairclough.[30] Semasa peringkat kumpulan pertandingan Liga Juara-Juara UEFA, Alexander-Arnold sekali lagi menjaringkan gol dalam kemenangan besar 7-0 ke atas Maribor pada 17 Oktober. Perlawanan tersebut merupakan kemenangan terbesar buat beliau bersama Liverpool dan juga kemenangan tandang terbesar oleh sebuah kelab Inggeris.[31] Beliau kemudian menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana inggeris buat Liverpool pada Boxing Day, dengan kemenangan 5-0 ke atas Swansea City di stadium Anfield.[32]

Alexander-Arnold (bawah, tengah kiri) berbaris untuk Liverpool dalam pertandingan Liga Juara-Juara menentang Spartak Moscow pada tahun 2017.

Pada bulan Mac tahun berikutnya, Alexander-Arnold menjalani musim yang paling sukar bersama kelab Liverpool, setelah bertarung menangani pemain sayap Crystal Palace, Wilfried Zaha dan Marcus Rashford dari Manchester United dalam beberapa minggu berturut-turut.[6] Meskipun demikian, beliau mempertahankan posisinya dalam kesebelasan utama Liverpool untuk menjadi pemain Inggeris termuda yang memulakan kejohanan peringkat suku akhir Liga Juara-Juara UEFA, dan menunjukkan prestasi yang hebat dalam kemenangan 3-0 ke atas pesaing kelab Inggeris, Manchester City pada bulan April. Persembahannya menyaksikan beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dan mendapat pujian dari media kerana kemampuannya menghalang gerakan serangan daripada pemain sayap City, Leroy Sané.[33][34] Beliau sekali lagi dikagumi dalam perlawanan timbal balik ketika Liverpool menyingkirkan Manchester City dengan keputusan 5-1 secara agregat untuk mara ke separuh akhir kejohanan buat pertama kalinya dalam 10 tahun.[35] Pada 10 Mei, penampilan domestik dan Eropahnya dihargai ketika beliau memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Musim Liverpool untuk musim kedua.[36] Akhir bulan tersebut, beliau menjadi pemain Liverpool termuda yang memulakan perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA ketika beliau dinamakan dalam kesebelasan utama menentang juara bertahan dua kali, Real Madrid. Peranan Alexander-Arnold untuk menanda gerakan Cristiano Ronaldo dan beliau tampil mengagumkan walaupun Liverpool akhirnya tunduk pada kekalahan 3-1 kepada Real Madrid.[37][38] Setelah berakhirnya musim 2017-18, beliau menjaringkan tiga gol dalam 33 penampilan di semua pertandingan. Beliau juga dicalonkan untuk anugerah Golden Boy, di mana beliau dipilih sebagai naib juara pertahanan pada tahun 2018.[39][40]

2018-19: Permulaan biasa dan gelaran Liga Juara-Juara UEFA

Pada awal musim berikutnya, beliau membuat penampilan ke-50 buat Liverpool ketika memulakan perlawanan dengan kemenangan 2-1 ke atas Tottenham.[41] Pada bulan Oktober, beliau adalah salah satu daripada 10 pemain yang dicalonkan untuk Piala Kopa perdana, iaitu penghargaan yang diberikan oleh France Football kepada pemain muda terbaik di bawah usia 21 tahun. Dalam pencalonan tersebut, Alexander-Arnold berada di tempat keenam dalam pemilihan setelah mendapat undian dari Owen, Denis Law dan Pavel Nedvěd.[42][43] Beliau terus meningkatkan reputasinya dalam beberapa bulan dan secara konsisten disenaraikan dalam laporan dibuat oleh CIES sebagai bek paling berharga di dunia dari perspektif nilai perpindahan.[44][45] Pada 27 Februari 2019, beliau juga menjadi pemain termuda ketika berusia 20 tahun dan 143 hari untuk mencatatkan tiga bantuan hantaran bola dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris, dengan kemenangan 5-0 ke atas Watford.[46] kurang dari dua bulan kemudian, beliau menjadi pemain termuda kelima yang mencapai 50 penampilan Liga Perdana untuk kelab Liverpool, sejak Michael Owen, Raheem Sterling, Robbie Fowler, dan Steven Gerrard.[47][48] Perkembangan prestasinya dihargai pada akhir bulan April ketika dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik PFA, walaupun anugerah tersebut dimenangi oleh pemain Manchester City, Raheem Sterling. Alexander-Arnold juga telah dinobatkan dalam Pasukan Terbaik PFA Tahunan bersama rakan sepasukan Liverpool iaitu van Dijk, Mané dan Andrew Robertson.[49][50][51]

Alexander-Arnold semasa kemenangan Liverpool dalam Liga Juara-Juara UEFA 2019

Kehebatan kreatifnya muncul sekali lagi pada bulan Mei ketika menang 3-2 ke atas Newcastle United, dan beliau juga merupakan pemain bek yang menghasilkan banyak bantuan dengan menyamai rekod Liga Perdana Inggeris untuk satu musim. Rekod ini juga menyaksikan beliau dan Robertson menghasilkan 11 bantuan sendiri, iaitu menjadi kumpulan pertahanan pertama dari pasukan yang sama yang mencatat dua angka untuk membantu pada musim yang sama.[52] Tiga hari kemudian, beliau mencatat dua lagi bantuan menentang Barcelona dalam perlawanan timbal balik di peringkat separuh akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA. Dalam kejohanan tersebut, bantuan yang dihasilkan oleh Alexander-Arnold menerusi tendangan yang dipanggil sudut naluri bagi membolehkan Divock Origi mengambil peluang menjaringkan gol kemenangan buat Liverpool. Kemenangan tersebut menjadikan Liverpool mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali kedua berturut-turut.[53] Pada hari terakhir musim domestik, Alexander-Arnold membantu Mané dalam kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers untuk memecahkan rekod Liga Perdana untuk paling banyak menghasilkan bantuan. Beliau yang memainkan peranan sebagai pemain bek dalam kempen domestik menghasilkan 12 gol dengan mengatasi pemegang sebelumnya Andy Hinchcliffe, Leighton Baines dan Robertson.[54][55] Beliau kemudian menjadi kesebelasan utama bermain dalam perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA, dengan menyaksikan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham. Beliau turut menjadi pemain termuda yang memulai dua perlawanan akhir secara berturut-turut dalam pertandingan dan sekaligus memecahkan rekod yang ditetapkan oleh bekas pemain A.C. Milan, Christian Panucci pada tahun 1995.[56] Alexander-Arnold kemudiannya dinamakan dalam Pasukan Terbaik Musim Liga Juara-Juara UEFA dan juga dicalonkan untuk penghargaan sebagai Pemain Terbaik Bek Liga Juara-Juara musim UEFA.[57][58]

2019-20: Pencalonan Ballon d'Or

Alexander-Arnold (Hujung kanan) bersama rakan sepasukan Liverpool meraikan kemenangan Piala Super UEFA menentang Chelsea.

Alexander-Arnold memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim 2019-20 dengan kedudukannya sebagai bek kanan Liverpool dan memberi bantuan gol buat Divock Origi dalam kemenangan pembukaan 4-1 ke atas Norwich.[59] Dengan berbuat demikian, beliau hanya menjadi pemain kelapan di era Liga Perdana yang mencatat bantuan dalam lima perlawanan berturut-turut dan yang pertama melakukannya untuk Liverpool.[60] Beliau muncul dalam kemenangan berikutnya ke atas Southampton dan Arsenal, serta kemenangan Liverpool ke atas Chelsea di Piala Super UEFA 2019, di mana beliau menjaringkan gol dalam penentuan sepakan penalti.[61] Beliau kemudian menjaringkan gol pertamanya pada kempen Liga Perdana Inggeris musim 2019-20 ketika Liverpool menang 2-1 ke atas Chelsea, dan sekaligus dicalonkan buat anugerah Jaringan Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris.[62] Pada bulan berikutnya, beliau dicalonkan untuk anugerah Ballon d'Or 2019, bersama enam rakan sepasukan Liverpool.[63] Pada usia 21 tahun dan 26 hari, Alexander-Arnold menjadi pemain termuda keempat yang mencapai 100 penampilan buat Liverpool sejak Owen, Sterling, dan Fowler. Peristiwa tersebut menyaksikan beliau menghasilkan bantuan kepada Sadio Mané menjaringkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa.[64] Satu bulan kemudian, beliau terpilih sebagai pemain terbaik ke-19 di dunia dalam upacara Ballon d'Or.[65][66] Beliau kemudian membuat penampilan pertamanya dalam Kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA 2019 ketika kemenangan Liverpool 2-1 di separuh akhir ke atas juara CONCACAF, Monterrey.[67] Tiga hari kemudian, Alexander-Arnold bermain 120 minit penuh ketika Liverpool dinobatkan sebagai juara Piala Kelab Dunia FIFA 2019 buat pertama kalinya dalam sejarah kelab, berikutan kemenangan 1-0 ke atas juara Copa Libertadores, Flamengo.[68]

Setelah kembali dari Qatar, Liverpool mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Leicester City, di mana Alexander-Arnold menyumbang keempat-empat gol dengan menjaringkan satu, membantu dua, dan memenangi penalti yang diambil oleh Milner.[69] Beliau kemudian diberi penghargaan kerana penampilannya dengan anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (menjadi pemain pertahanan pertama yang menuntut penghormatan itu sejak Micah Richards pada tahun 2007).[70] Pengiktirafan pada awal tahun turut menyaksikan beliau dinamakan dalam Pasukan Terbaik UEFA 2019.[71] Alexander-Arnold kemudian memainkan peranan utama dalam kemenangan 2-1 Liverpool ke atas Wolves ketika kelab tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah di Liga Perdana Inggeris sehingga 40 perlawanan. Semasa perlawanan tersebut, beliau membantu kapten Liverpool, Jordan Henderson untuk gol pembukaan dan sekaligus menjadi pemain bek pertama dalam sejarah pertandingan yang meraih angka berganda menghasilkan bantuan dalam banyak kempen.[72] Menjelang akhir bulan Februari, setelah menang 3-2 ke atas West Ham United, beliau menyamai rekod bantuan liga dari kempen sebelumnya dan menjadikan jumlah keseluruhannya menjadi 25 bantuan. Beliau juga menjadi pemain termuda ketiga dalam sejarah pertandingan untuk mencapai bantuan banyak di belakang Cesc Fàbregas dan Wayne Rooney.[73]

Rujukan

WikiPedia: Trent Alexander-Arnold http://www.football-observatory.com/IMG/sites/b5wp... http://www.football-observatory.com/IMG/sites/b5wp... http://www.football365.com/news/16-conclusions-efl... http://www.goal.com/en-za/news/liverpool-record-ch... http://www.goal.com/en/news/liverpool-teenager-ale... http://www.liverpoolfc.com/fixtures2015/first-team... http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/242420-... http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/294961-... http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/299076-... http://www.liverpoolfc.com/team/academy/player/tre...